Nasi Minyak edisi Terengganu

Wednesday, January 26, 2011

Hi all..memandangkan dah lama lisa x berscerita sal my masakan..ni lisa nk cite ape lisa dah wat weken baru nihs..saje nk try resipi yang lisa baru dpt. Actually lissa lama dah beli rempah gulai nasi minyak ni (import from trg tau rempah ni)..cume x terbuat lagi nasi minyak ni..yelaa rse mcm dah serik sbb be4 nih pernah try wat nasi dagang tp x menjadi!hihi!.
lagi stu, dah lame lisa n hubby tringin nk mkn nasi minyak camni..almaklumlah duduk di luar terengganu ni susah skit nk dpt mknn mcm2 ni..kalau kart terengganu bnyk tul dijual di tepi2 jalan..owh terengganu!  ni lisa letak resipi yang lisa dah wat tu.

Nasi Minyak Terengganu style (kredit to owner blog - http://eradnan.wordpress.com/ )

Bahan-bahan Nasi:
1 1/2 inci halia (diketuk)
1/2 biji bawang besar (sederhana besar) – dimayang
4 biji bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
3 sudu makan minyak sapi
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu sejat ideal
seikat daun pandan
garam dan gula secukup rasa
sedikit perwarna hijau n kuning
Cara2 memasak Nasi:
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan bersama2 halia dan bahan2 dimayang sampai naik bau
- Masukkan beras dan gaul sampai semua beras disaluti minyak, Tip:goreng beras seketika agar nasi menjadi lerai dan cantik
- Masukkan air, susu, garam, gula dan daun pandan
- Masak seperti biasa (dalam rice cooker)
Option:Setelah masak, titiskan pewarna dan gaul sehingga sebahagian butir nasi berwarna merah. Boleh juga ditambah perwarna hijau dan dihias dengan kismis, hirisan badam dan bawang goreng.

Bahan-bahan Gulai:
1 1/2 kilo ayam atau daging
4 sudu makan minyak sapi
1 biji kulit kayu manis
3 biji buat pelaga
6 biji cengkih
2 biji bunga lawang
1 1/2 inci halia – diketuk
6 biji bawang merah – dimayang
4 biji bawang putih – dimayang
5-7 biji cili kering – direndam air panas dan dikisar
4 sudu makan rempah kurma
3-4 biji kentang (dipotong 2)
2/3 cawan tomato puree (Option:boleh juga pakai sos tomato)
8 cawan air
1 cawan susu sejat ideal
2 cawan bawang goreng (lebihkan kalau mahu gulai lebih pekat)
1-2 sudu besar kicap
garam dan gula secukup rasa
Cara2 memasak gulai:
- Perap ayam/daging selama 1/2 jam dengan cili kering kisar dan rempah kurma
- Panaskan minyak sapi
- Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia sehingga naik bau
- Masukkan ayam/daging yang dah diperap dan tumis sehngga rempah masak dan air ayam/daging keluar
- Masukkan air dan susu
- Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato puree dan bawang goreng yang ditumbuk.
- Perasakan dengan garam, gula
Tip:Tambahkan sedikit kicap pekat (manis/masin) untuk warna yang lebih menarik
- Masukkan kentang
- Masak sehingga gulai pekat dan kentang masak. Sekiranya mahu daging ayam/daging lebih empuk lebihkan air dan masak lebih lama.
- Gulai ini rasanya agak manis dan masam (seakan2 kuzi)

Bahan-bahan Acar :
2 batang timun dipotong memanjang
1/2 cawan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
1/2 batang carrot (dipotong halus)
1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji cili merah (dipotong halus)
Cara2 membuat Acar :
- Larutkan gula dan garam di dalam cuka
- masukkan timun, bawang, carrot dan cili, gaul rata
- Lebih sedap disediakan lebih awal dan disimpan didalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidang.

Nilah hasilnye~ sungguh sedap!

ni close up nasik~

ni close up gulai nasi minyak terengganu style

ni close up acar





   

0 comments:

Post a Comment

CooKiNg By HeArT Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino